~~Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam, aku ingin menjadi sayap kiri pada seorang khalifah, aku ingin menjadi pendengar kepada seorang dai'e, aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid, aku ingin memberi cintaku pada insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya~~

Pages

Monday, 12 April 2010

~Mimpi bertemu insan itu~

Posted by Aliesha Kirana at 18:18
Salam...
Pernah tak kalian semua bermimpi? pastinya lah jawapannya YA kan? mimpi bertemu dengan insan yg dicintai? pasti banyak kali juga...
bagi diriku, aku pernah beberapa kali bermimpi bertemu insan yang pernah kucintai itu... tapi setiap kali bermimpikannya, pasti ada halangan antara kami...sebagai contoh, aku dan dia bertemu tetapi aku pergi kepada insan lain, mimpi dia menolak cintaku, mimpi bertemu di majlis pernikahannya, dan mimpi bertemunya saat dia sudah punya anak dan isteri... inilah mimpi2 yg sering kualami andai kubermimpikan dia... ada kawan yang mengatakan, mungkin ini petanda aku dan dia tiada jodoh... kini perasaanku padanya makin hilang. mungkin Allah telah beri petunjukNya padaku...aku bukanlah bijak pandai dlm mentafsir erti mimpi...
skrg pula, aku sering bermimpikan seseorang, insan yg aku tidak pernah kenali dengan rapat.. ibu yg mengenali dia... insan itu mengajar di sekolah tempat ibuku bekerja... aku sering bermimpi bertemu insan ini, berbual dengannya, bersiar-siar dan dia datang ke rumahku utk bertemuku... aku tidak pasti sama ada punya petunjuk dlm mimpi itu tapi aku berpegang pada pesan Rasulullah. Rasulullah saw. bersabda, “Mimpi itu ada tiga. Mimpi yang baik merupakan khabar gembira dari Allah. Mimpi yang menyedihkan berasal dari syaitan, dan mimpi yang datang dari obsesi seseorang. Jika salah seorang di antara kalian mimpi yang menyedihkan maka hendaklah dia bangun lalu solat dan tidak menceritakannya pada orang lain.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
setiap kali bermimpikan insan itu, pasti bangun dr tido, aku akan dalam keadaan yg sgt gembira, walaupun butir mimpi itu tidak lg kuingati... tp aku juga rasa mungkin juga mimpi itu dtg dr obsesi ku sndri yg mungkin mengingati insan itu di bawah sedarku... aku tidak pasti semua itu....
yang pasti, aku tidak lg mahu mengejar cinta, kerana semakin jauh aku mengejar cinta, makin jauh juga cinta itu meninggalkn ku... kini aku pasrah segala-galanya pada kuasa Allah... cinta akan sentiasa ada dalam hati ini, namun untuk menyerahkan pada insan lain sesuka hati, xmungkin akan kulakukan lgi...

5 comments:

Mr Rulez said...

sbnrnya tak pernah pun mimpi btemu dia..slalu mimpi jumpa mber dia..tak tau np..ermm..musykil..mybe sb mber dia lawa kot..hek3..

aliesha kirana said...

erk...ahah...bley lak cmtu...ke ade ati dgn member die ni?cuba selidik skit ati tu...ehehehe

WaLk said...

hrm..jrang mimpi2 nie..
biase tdo trus x sdar..haha..:)

aliesha kirana said...

wakakakaa...bley lak cmtu yek...mmg tido mati la namanya tu...ahaah

Nabilah Momin said...

assalamualaikum..saya ne pernah juga ada mimpi akan seseorang yang saya kenali sejak dari kecil lagi tetapi kami memang tidak rapat.. mimpi pertama dia memberitahu yg dia suka kat saya walaupun ketika itu langsung tidak terlintas di fikiran akan dia.. terbangunlah saya dari mimpi tu dan ketika itu subuh.. kali kedua pula saya mimpi dia ne ketika bulan ramadhan dan terbangun ketika subuh..kenapa ek?

 

Penuh Rasa Cinta Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea