~~Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam, aku ingin menjadi sayap kiri pada seorang khalifah, aku ingin menjadi pendengar kepada seorang dai'e, aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid, aku ingin memberi cintaku pada insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya~~

Pages

Monday 26 April 2010

Aku Redha PadaMu~

Posted by Aliesha Kirana at 00:54 1 comments
Salam...
lama pula xmenulis kt cni ya...yelah...asyik mengadap blog yg satu tu jer..hehe... maafkan saya yer..kesian kt follower walopun mybe dorg xtunggu pn.hehe..
Saya nk berkongsi dgn teman2, yg saya ini sorg yg terlalu mencintai cinta...entah mengapa sejak dr kecil cinta adalah satu perkara yg sering inginkn... tp mase kecik dl, cinta antara uda n dara la yg saya terhegeh2 nk kejar, tp skrg saya sedar, skop cinta itu terlalu luas...byk lagi yg boleh sy cintai selain cinta pada seorg insan yg belum tentu jodoh saya.
sy pn xtau mengapa saya terlalu bodoh sampaikn dr kecik la sudah mahu dicintai seseorang sampai sanggup hantar surat cinta..hahaha...skrg mmg rase nk gelak, tp dulu ble ingt...rase maluuu sgt...kalu saya btemu insan itu skrg pn saya ttp malu huhu...rase cm bodoh sugguh saya ni..
pastu mase zmn sekolah menengah pn same je..ttp nk kejar cinta... snggup hntr hadiah mcm2 kt insan itu, tp ble dh bocor rahsia..persahabatan dgn insan itu dh xmcm dulu...insan itu segan, saya jugak segan ble die segan...mmg dh xckp dlm kelas...kalu ckp msti org bising2...nk kenenkn..kalu selisih kt jln msti bising2 punya... Ya Allah..mmg rimas sgt...smpaikn saya rasa nk putar balik waktu n xmo main2 cinta dh... saya rimas dgn suara2 org tu...dgn penghinaan yg dorg wat... siap tampal2 surat cinta saya kt papan kenyataan...Ya Allah..mmg mase tu kire dugaan terbesar la dlm idup sy.. tp...honestly...sy dh maafkn insan itu dan rakan2nya yg telah memalukn diri sy..biarlah...saya dh xkisah...
tp setiap yg terjadi, perkara yg pahit itu, tetap xpernah buat sy mencintai cinta...bg saya cinta adalah perkara yg indah... tnpa sy sedari, sy telah byk belajr ttg cinta hinggakn insan2 yg bcinta sentiasa mencari saya utk rujukan cinta...lebih kurg cm pakar cinta la..haha..walaupun xpnh ada pnglmn bcinta n saya dh xmo rase pn, biarlah saya bcinta lepas kwen jer..serius hehe.. sy ttp jd rujukan dorg...hahaha..lawak jugak kn.. mereka bertanya pada org yg xde pnglmn mcm sy ni..hehe..
skrg, saat umo sy sudah 24 tahun, sy xpenah merasakn cinta seorg ajnabi dari kaum adam utk saya...tp sy xkisah...sy hnya akn mencintai suami saya..dunia akhirat... n andai tiada jodoh saya dgn sesiapapun, mungkin sy akan menemuinya di akhirat..hanya Allah yg tahu setiap perancanganNya buat saya... saya hanya mampu berharap dan meminta, namun andai Dia xmemberi..saya redha..kerana Dia tahu yg terbaik buat hambaNya...
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216).

Monday 12 April 2010

~Mimpi bertemu insan itu~

Posted by Aliesha Kirana at 18:18 5 comments
Salam...
Pernah tak kalian semua bermimpi? pastinya lah jawapannya YA kan? mimpi bertemu dengan insan yg dicintai? pasti banyak kali juga...
bagi diriku, aku pernah beberapa kali bermimpi bertemu insan yang pernah kucintai itu... tapi setiap kali bermimpikannya, pasti ada halangan antara kami...sebagai contoh, aku dan dia bertemu tetapi aku pergi kepada insan lain, mimpi dia menolak cintaku, mimpi bertemu di majlis pernikahannya, dan mimpi bertemunya saat dia sudah punya anak dan isteri... inilah mimpi2 yg sering kualami andai kubermimpikan dia... ada kawan yang mengatakan, mungkin ini petanda aku dan dia tiada jodoh... kini perasaanku padanya makin hilang. mungkin Allah telah beri petunjukNya padaku...aku bukanlah bijak pandai dlm mentafsir erti mimpi...
skrg pula, aku sering bermimpikan seseorang, insan yg aku tidak pernah kenali dengan rapat.. ibu yg mengenali dia... insan itu mengajar di sekolah tempat ibuku bekerja... aku sering bermimpi bertemu insan ini, berbual dengannya, bersiar-siar dan dia datang ke rumahku utk bertemuku... aku tidak pasti sama ada punya petunjuk dlm mimpi itu tapi aku berpegang pada pesan Rasulullah. Rasulullah saw. bersabda, “Mimpi itu ada tiga. Mimpi yang baik merupakan khabar gembira dari Allah. Mimpi yang menyedihkan berasal dari syaitan, dan mimpi yang datang dari obsesi seseorang. Jika salah seorang di antara kalian mimpi yang menyedihkan maka hendaklah dia bangun lalu solat dan tidak menceritakannya pada orang lain.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
setiap kali bermimpikan insan itu, pasti bangun dr tido, aku akan dalam keadaan yg sgt gembira, walaupun butir mimpi itu tidak lg kuingati... tp aku juga rasa mungkin juga mimpi itu dtg dr obsesi ku sndri yg mungkin mengingati insan itu di bawah sedarku... aku tidak pasti semua itu....
yang pasti, aku tidak lg mahu mengejar cinta, kerana semakin jauh aku mengejar cinta, makin jauh juga cinta itu meninggalkn ku... kini aku pasrah segala-galanya pada kuasa Allah... cinta akan sentiasa ada dalam hati ini, namun untuk menyerahkan pada insan lain sesuka hati, xmungkin akan kulakukan lgi...

Friday 9 April 2010

Indahnya Cinta andai cinta itu kerana Allah~~

Posted by Aliesha Kirana at 02:37 1 comments


salam,
teman2, kita seringkali mencari cinta dlm hidup ni kan? aku pn xpernah lari dari mencari cinta...entah mengapa dari kecil lg aku dh mula sukakn seseorang... setiap masa, ada saja insan yg aku sukai dlm diam, namun dari dulu hingga kini, tiada cinta yg pernah menyapa hatiku, tiada siapa yg sudi menerima hati ini..tapi xpe, aku dh xkisah...sbb skrg baru aku sedar erti cinta yang sebenar.

Hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya: "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) disebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah."

aku telah sedar kini, aku harus mencari cinta yang kucintai kerana Allah... selama ini cinta yang sering kudamba hanya berlandas duniawi semata, cinta yang hanya boleh membawaku ke lembah kealpaan, kini aku sedar, cinta yg ingin kumiliki, ialah cinta insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya.. dan aku juga ingin menjadi pencinta Allah semata...biarlah aku bercinta dengan Penciptaku kerana Dialah segalanya...

Imam Nawawi pernah berkata "Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu." aku harus mencintai insan yg mencintai agamanya, di dalam hatinya telah terisi dengan iman dan dia mampu membimbingku ke jalan Ilahi.

Seringkali kita menginginkan sesuatu namun tidak dapat kita miliki.. contohnya, aku sendiri sering mengharapkan seseorang yg kusukai akan menyukaiku juga, namun perencanaan Allah itu lebih Maha Bijaksana... hanya Dia yang tahu segala yg telah tertulis utk diri kita...renungkan bersama....
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216).

jadi jgnlah menyalahkan takdir andai diri kita tidak punya jodoh dgn sesiapa yg kita kehendaki, sesungguhnya Allah lebih Mengetahui jodoh yang sesuai buat kita. namun harus juga kita ingat pada firman Allah yang bermaksud:
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” [Surah al-Nur, ayat 26].

untuk memiliki seorang insan yg beriman, beragama, kita harus perbetulkan diri kita sendiri dahulu... kuatkan iman dan kecintaan kita pada Allah. jika kita masih alpa dengan dunia namun masih mengharapkan seseorang yg beriman, alangkah malangnya diri kita.. namun Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya... pasti ada org yg terfikir, ada saja org yg baik namun pasangannya tidak sebaik insan itu... isteri solehah namun suaminya kaki judi...suami yg soleh tp isterinya, nauzubillah, aurat pun tidak ditutup sempurna...contoh ya... di sini mahu saya ingatkan.. Allah menguji hambaNya yang dicintai... Jika perkara sedemikian berlaku...anggaplah Allah telah menduga insan itu dengan ujian supaya lebih kuat imannya pada Allah.

buat ikhwan sekelian...ingatlah seperkara..
" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim).
tepuk dada tanya iman, ya!

Didalam hadis, Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga. "Demi yang diriku di dalam genggamannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

jadi marilah kita sama2 berkasih sayang dan bercinta kerana Allah... aku tidak menggalakkn bercinta sebelum nikah ya..namun cinta itu memang tak mampu dihalang andai ia telah berputik, namun haruslah dikawal perasaan itu, namun andai masih tidak mampu mengawalnya, segeralah bernikah.

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,
"wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"
Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;
"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "
"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu" (Hadith riwayat Muslim)

Jadi andai ada kemampuan segeralah bernikah, tp ingat seperkara lgi....
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)


ertinya, andai kita bernikah, InsyaAllah Allah akan limpahkan rezekinya kerana perkahwinan itu adalah perkara yang dicintai Allah... perkahwinan itu ibarat melengkapkan separuh agama kalian.
 
bagiku, aku masih mencari insan yang akan mencintaiku kerana Allah...... aku pasrahkan jodohku kerana hanya Dia Maha Mengetahui segalanya, juga Maha Pengasih dan Penyayang..
 
Ya Allah...
Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam,
aku ingin menjadi sayap kiri pada seorang khalifah,
aku ingin menjadi pendengar kepada seorang dai'e,
aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid,
aku ingin memberi cintaku pada insan yang mencintai diriMu lebih dari segalanya~~
amin~~~~
 

Wednesday 7 April 2010

Salam Taa'ruf~

Posted by Aliesha Kirana at 21:39 2 comments
Assalammualaikum,

Salam taaruf, buat teman2 yang bukak blog ni... selamat datang aku ucapkan...aku bukanlah baru dlm arena blog ni, tp, yes, this is my new born baby.. my latest blog, Coretan Cinta Aliesha Kirana... blog ini aku khaskan untuk mencoret segala rasaku tentang CINTA..
kalu kwn2 aku yg baca, mesti korang rase aku ni giler blog...sbb byk sgt blog aku...ahahaha... mcm yg penah aku bebelkn kt entry ini dlm Citra Hati Insan Biasa, aku seorang yg sistematik dan aku ske bahagikan blog aku pada mende2 spesifik... jadi ini adalah blog aku yg akan aku coretkn sume pasal cinta.
aku ingin wat pengakuan, dari kecil sampai sekarang, aku tak pernah bercinta. tapi aku sentiasa rasakan cinta itu sentiasa sebati dalam diri aku.
aku punya keluarga yang kucinta, aku cintakan agamaku, aku sangat cintakan Penciptaku, Allah S.W.T.. aku sgt cintakan Rasulullah, dan aku bakal mencintai insan yg telah tercipta untukku. sejak dulu, aku sendiri tak pasti mengapa, tapi rakan2 sering menjadikan aku rujukan dalam membantu menyelesaikan masalah cinta mereka, sedangkan aku sendiri tidak pernah punya pengalaman.tp aku mmg ske segalanya berkaitan cinta...aku rasakan cinta tak mampu dipsahkan dari hidup setiap manusia kan? hmm...indahnya cinta itu andai cinta itu kerana Allah~~
ok, itu saja luahan aku untuk entry ini...salam taaruf buat semua... moga kita semua bertemu dan berpisah kerana Allah... ukhwah fillah~~


 

Penuh Rasa Cinta Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea