~~Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam, aku ingin menjadi sayap kiri pada seorang khalifah, aku ingin menjadi pendengar kepada seorang dai'e, aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid, aku ingin memberi cintaku pada insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya~~

Pages

Wednesday, 14 September 2011

Nukilan Cinta : Ku Pasrah Cinta

Posted by Aliesha Kirana at 17:28 2 comments

Cinta itu indah,
hingga sukar dimadah...

hati kan gundah,
bila cinta tak diendah...

PadaMu Tuhan tempatku menadah...
agar nilai cintaku takkan direndah...


Dari dibiar hatiku parah,
biar ku lari ke lain arah,
padaMu Allah aku berserah,
moga hatiku terima pasrah...

namun ku tahu cintaku tak salah,
tidak memiliki bukanlah kalah,
selagi bernyawa ku tak mengalah,
kerana ku yakin pada janji Allah...

Wednesday, 17 August 2011

Cerpen Ahlan Ya Ramadhan

Posted by Aliesha Kirana at 20:21 1 comments
Assalammualaikum semua..

hari ni mari saya kongsikan bersama satu cerpen nukilan saya pada ramadhan tahun lepas.. semoga bermanfaat dlm kita mencari cinta masing-masing.. cinta yang diredhai Allah..

------------------------------------------------------


        Qurratu’ain tiba di perkarangan masjid tua itu saat azan sedang berkumandang di corong radio, tidak sempat dia sampai ke kampung sebelum waktu berbuka kerana tersekat di dalam traffic jam di bandar sebentar tadi. Segera dia menghentikan keretanya di tempat parkir, mengambil air kotak dan kurma yang dibawanya sebagai bekalan lantas membaca doa berbuka puasa. Kurma dalam genggamannya dijamah, air kotak itu dihirup penuh rasa nikmat.

       Usai menjamah sedikit bekalan itu, Qurratu’ain segera melangkah masuk ke dalam masjid. Alang-alang sudah berhenti di masjid itu untuk berbuka, elok juga dia bersolat Maghrib terus kerana perjalanannya untuk pulang ke kampung masih agak jauh. Saat menapak ke koridor, Qurratu’ain terpandang seorang pemuda yang sedang duduk di koridor itu sambil meneguk air mineral di dalam botol. Tiada bekalan lain yang ada di sisi pemuda tersebut. Perlahan Qurratu’ain menghulurkan kotak kurmanya pada pemuda itu, niat untuk bersedekah.

        Pemuda itu memandang Qurratu’ain sebelum tersenyum lantas tangannya segera mencapai tiga biji buah kurma.

       “Terima kasih saudari,” lembut tutur bicaranya namun wajahnya sudah kembali menunduk. Qurratu’ain terpana, sejuk matanya memandang seraut wajah itu dari dekat, wajahnya begitu mulus dan tenang.

        ‘Astaghfirullah hal azim,’ Qurratu’ain beristighfar dalam hati, tersedar keterlanjurannya lantas segera melangkah memasuki ruang solat wanita.

        Dalam ruang solat wanita itu, hanya ada tiga wanita lain, itupun sudah lanjut usianya. Mereka ada membawa bekalan masing-masing, berbuka di masjid itu barangkali namun Qurratu’ain tidak lupa untuk menghulurkan kurma buat mereka.

        Suara imam yang mengimamkan solat Maghrib itu begitu mesra di telinga Qurratu’ain, dia yakin suara itu adalah suara pemuda tadi kerana baru saja mendengar suara pemuda itu sebentar tadi. Suara pemuda itu tenang, hingga membuatkan Qurratu’ain merasa begitu khusyuk dalam solatnya, terasa dirinya dapat menghayati setiap bait yang dituturkan pemuda itu hingga hampir menitis air matanya, terasa dirinya begitu dekat dengan Allah.

        Selesai solat sunat selepas Maghrib, Qurratu’ain segera membawa langkahnya, ingin segera pulang ke kampung sebelum malam kian pekat namun sempat lagi dia mengerling, sekadar mahu melihat masjid itu sekali lagi, dari jauh Qurratu’ain lihat pemuda itu masih sedang khusyuk membaca Al-Quran di satu sudut di ruang solat itu.

        Hati Qurratu’ain terasa bergetar. Ada satu perasaan aneh yang timbul pabila melihat pemuda itu membaca Al-Quran. Apa yang Qurratu’ain rasakan, dia sendiri tidak pasti namun dia sangat senang dengan perasaan itu. Perlahan dia melangkah ke keretanya walaupun dalam hati ada rasa untuk berlama di situ.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

       “Tok, jom la kita solat terawih kat masjid lama tu, kesian masjid tu, tak ramai orang. Lagipun dah lama tok tak solat kat masjid kan, asyik solat kat surau je.” Ajakan Qurratu’ain itu hanay dibalas dengan senyuman dari datuknya, dapat merasakan ada sesuatu di sebalik ajakan itu.

        “Atok dah biasa solat kat surau ni je, senang, dekat je dari rumah, masjid tu jauh, tak sanggup atok nak jalan kaki pergi sana.”

        “Ish atok ni, Ain bukan suruh atok jalan kaki, naik kereta Ain la... boleh la tok,” pujuk Qurratu’ain lagi. Dia sendiri tidak mengerti mengapa hatinya ingin sekali menjejakkan kaki ke masjid itu semula. Seperti ada sesuatu yang menantinya di situ.

         “A’ah, yelah, yelah, nanti malam kita solat terawih kat situ. Tapi atok pelik ni, kenapa Ain beria sangat nak ke masjid tu?”

         Ain tersengih mendengar soalan datuknya, bahunya diangkat tanda tidak tahu. Hatinya sendiri belum mengerti kenapa dia ingin sekali ke masjid itu semula.

         Beberapa bungkusan makanan yang di bawa dari rumah segera Qurratu’ain aturkan di atas meja di luar masjid itu, memang niatnya mahu sedekahkan makanan tersebut sebagai moreh.

        “Bawak apa tu nak?” soal seorang wanita dalam lingkungan 50-an tapi masih kelihatan cantik berseri.

         “Owh, saya bawak bihun goreng dan puding buah, makcik. Nanti lepas terawih jemputlah makan.”

         “Wah bagusnya. Anak masak sendiri ke?”
        
          Qurratu’ain tersenyum. Memang sejak petang tadi dia berusaha menyiapkan juadah tersebut untuk santapan moreh di masjid itu.

        “Pandailah anak memasak ya. Susah nak jumpa perempuan pandai masak zaman sekarang ni.”

        “Tak adalah makcik, sikit-sikit tu bolehlah.”

        “Anak ni dari mana?”

        “Saya dari Kuala Lumpur makcik, datang sini nak jenguk datuk saya kat Kampung Rumbia tu, nak rasa sambut awal Ramadhan di kampung.”

        “Oh orang Kuala Lumpur rupanya, tapi gaya tak macam orang Kuala Lumpur pun, sopan je, lemah lembut.” Pujian itu buat Qurratu’ain tersipu malu.

       “Anak makcik pun kerja kat Kuala Lumpur, tapi balik kejap bercuti di kampung. Dia bekerja sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam di Jabatan Agama Islam. Anak kerja apa pula?”

        “Saya seorang cikgu, makcik.”

       “Oh, patutlah anak ni nampak lain, tak macam orang-orang Kuala Lumpur yang biasa makcik jumpa.”

       “Makcik duduk Kuala Lumpur jugak ke?”

       “Ya, makcik duduk dengan anak bujang makcik tu la. Suami makcik dah tak ada, anak makcik pun seorang saja, makcik balik kampung pun sebab anak makcik nak jenguk masjid ni, dulu suami makcik ialah imam masjid ni, jadi anak makcik selalu nak singgah masjid ni , sebab masjid ni mengingatkan dia pada ayahnya.”

      Qurratu’ain mengangguk perlahan. Azan Isyak berkumandang saat itu, membuatkan perbualan itu terhenti setakat itu, Qurratu’ain segera mengambil langkah ke ruang solat untuk menunaikan solat Isyak dan seterusnya solat Terawih dan Witir.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

        Usai solat, Qurratu’ain mengemas almari telekung kerana melihat almari itu tidak tersusun. Dari balik tirai, dia ternampak kelibat lelaki yang sedang mengutip dan melipat sejadah. Ada getar dalam hatinya, Qurratu’ain yakin, itulah pemuda yang pernah dijumpainya dulu, dia tidak tahu bagaimana dia sebegitu yakin namun hatinya begitu pasti. Saat keluar dari ruang solat, Qurratu’ain melihat tetamu yang hadir ke masjid malam itu sudah menikmati juadah yang disediakan. Qurratu’ain rasa gembira apabila melihat juadah hidangannya disantap para tetamu, mungkin inilah kegembiraan yang dirasa bila kita ikhlas bersedekah kerana Allah.

      “Sedaplah anak masak, ramai kawn makcik puji sedap,” makcik yang ditemuinya sebentar tadi menegurnya kembali.

       “Terima kasih makcik, makanlah lagi.”

       “Yelah, anak pun makanlah sama.”

        Qurratu’ain hanya mengangguk sambil tangannya mencedok hidangan ke dalam pinggan.

      “Eh Luthfi, meh sini nak, meh makan moreh ni, sedap ni.” Terdengar suara makcik itu memanggil seseorang bernama Luthfi.

        Qurratu’ain terkejut kerana saat dia mengalih pandangan, pemuda yang pernah dilihatnya dulu sedang mampir ke arah makcik tadi.

        “Anak ni yang buat, pandai dia masak,” puji makcik itu lagi sambil memandang Qurratu’ain. Pemuda yang bernama Luthfi itu segera memandang Qurratu’ain lantas tersenyum.

        Qurratu’ain terasa segan, segera dia berlalu ke meja makan yang tersedia. Tak sangka makcik tu ibunya, getus hati kecil Qurratu’ain. Debaran di dadanya saat Luthfi memandangnya sebentar tadi masih belum hilang.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

        Sudah hampir seminggu Qurratu’ain di kampung, dan sepanjang minggu jugalah dia menjadi tetamu di masjid itu, terasa begitu tenang sekali berada di situ. Datuknya juga hanya mengikut kehendak Qurratu’ain untuk bersolat terawih di situ sepanjang dia berada di kampung.

         “Makcik, hari ni hari terakhir saya di kampung, esok saya dah nak kembali ke Kuala Lumpur.” Qurratu’ain memberitahu saat mahu pulang malam itu, ibu Luthfi lantas memeluk Qurratu’ain erat dan lama.

        “Nanti kita jumpa lagi ya nak, makcik tak tahu kenapa, makcik rasa sayang sangat kat kamu walaupun baru kenal.”

       Qurratu’ain tersenyum senang. “InsyaAllah makcik, saya pun senang sekali dapat kenal dengan makcik.” Qurratu’ain membalas pelukan itu dengan lebih erat. Luthfi yang berdiri di sebelah ibunya memandang Qurratu’ain lantas tersenyum. Qurratu’ain membalas senyuman itu walaupun getaran di dadanya kian memuncak.

       “Ini alamat rumah saya di Kuala Lumpur, kalau makcik ada masa, singgahlah ya,” ucap Qurratu’ain sambil menghulurkan sekeping kertas bertulis alamatnya.

     “Baiklah nak, InsyaAllah makcik pasti datang,” ibu Luthfi tersenyum.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

         “Atok, ada orang datang merisik Ain la... macam mana ni?” ujar Qurratu’ain gusar.

        “La baguslah macam tu, kamu tu memang dah patut kahwin,” terdengar gelak tawa datuknya di hujung talian.
       
         “Masalahnya atok, Ain tak kenal pun siapa lelaki tu, tak kenal hati budi dia, takkan Ain nak terima je.”
 
        “Ain... Ain... kan Ain yang berkenan sangat kat lelaki tu... dia dah datang merisik tu baguslah.”

        Qurratu’ain terdiam seketika. Sejak bila dia berkenan pada lelaki yang tidak dikenalinya itu? Hatinya tertanya.

       “Ain tak pernah kenal dia la atok, takkan Ain boleh berkenan kat dia pulak.”

       “Ok, ok. Siapa nama dia? Nama yang mereka beritahu masa merisik tu?” soal datuknya serius.

        “Hadi,” ucap Qurratu’ain pendek.
  
       “Bukan... bukan... nama penuh dia?”

      “Err, kejap Ain tanya ibu.”


        Saat rombongan merisik itu tiba, Qurratu’ain masih belum pulang dari kerja, jadi dia tidak pasti tentang nama penuh lelaki itu, ibunya ada memberitahu nama lelaki itu padanya namun kerana malas mahu memikirkan perkara tersebut, Qurratu’ain lansung tidak ambil pusing kata-kata ibunya yang menerangkan tentang lelaki itu.

       “Ibu, siapa nama lelaki yang datang merisik Ain tu?” jeri Qurratu’ain dari dalam bilik pada ibunya di luar.

          “Muhammad Luthfil Hadi!” balas ibunya pendek.

         “Muhammad Luthfil Hadi, itulah nama dia tok,” ucap Qurratu’ain semula tanpa ada perasaan.

         “Tu kan... takkan tak kenal lagi?” ucap datuknya sambil ketawa.

         Qurratu’ain terkesima. Luthfil Hadi, eh takkanlah dia, hatinya masih tidak pasti.

        “Atok, Ain tak faham la.” Qurratu’ain meminta penjelasan.

        “Ain kenalkan Luthfi yang selalu ada kat masjid jadi imam tu, dia tu la datang merisik Ain.”

         Qurratu’ain terkesima. Ya Allah, benarkah ini semua? Hatinya masih tidak mahu yakin.

         “Hari tu, mak dia ada datang jumpa atok bincang soal ni, atok cakap la suruh datang merisik terus Ain kat Kuala Lumpur tu... bijak tak atok?” derai tawa datuk Qurratu’ain kedengaran lagi.
   
        Qurratu’ain terdiam namun ada senyum yang terukir di bibirnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setahun kemudian...

           Luthfil Hadi merenung wajah Qurratu’ain, isterinya itu dalam-dalam.

         “Ain tahu, abang selalu perhatikan Ain tapi abang malu nak cakap apa-apa. Sejak kali pertama abang jumpa Ain, abang pasti Ain seorang perempuan yang baik, satu dalam sejuta untuk abang jumpa jodoh macam Ain. Abang bersyukur sangat Allah pertemukan abang dengan Ain. Kalau tidak kerana bulan Ramadhan yang mulia, pasti kita tak bertemu kan sayang?”

        Qurratu’ain menggangguk perlahan seraya tersenyum.

       “Petang nanti kita balik kampung sambut awal Ramadhan di sana ya? Abang nak jenguk masjid tempat pertemuan pertama kita dulu. Alhamdulillah abang bersyukur bertemu dengan jodoh abang di tempat yang mulia dan di bulan yang mulia.”

        “Terima kasih bang, sebab menerima Ain sebagai jodoh abang, Ain pun bersyukur sangat kerana mendapat suami sebaik abang, Ain tak sangka, insan yang Ain simpan perasaan dalam diam rupanya mempunyai perasaan yang sama dengan Ain.”

        Luthfi tersenyum pantas mengucup dahi isterinya dengan penuh rasa cinta.

“Ahlan Ya Ramadhan, terima kasih kerana menemukan aku dengan jodohku di bulan yang mulia ini. Semoga ikatan yang terjalin antara kami adalah atas cinta kami pada Ilahi. Perkukuhkanlah benteng-benteng iman kami dengan ketaatan kepadaMu dan bimbinglah kami ke jalan yang lurus yang membawa kami ke jalan yang diredhaiMu dalam kami melayar sinar kebahagiaan ini... amin~~~”
~Nur Qurratu’ain ~

Wednesday, 10 August 2011

Alangkah Indahnya...

Posted by Aliesha Kirana at 20:22 1 comments
Assalammualaikum semua!



ah alangkah indahnya... indah jika perkara ini menjadi kenyataan, punya pemimpin yg beriman, yg boleh membawaku ke jalan Tuhan.

moga2 Allah perkenankan. amin...

Wednesday, 20 July 2011

Mengapa Aku Ingin Bercinta Selepas Kahwin?

Posted by Aliesha Kirana at 23:38 2 comments
Assalammualaikum semua..

ya, itu yg selalu keluar dari mulutku, andai diaju teman-teman, mengapa aku masih belum berpunya, adakah aku tak teringin untuk bercinta?

jawapanku mudah, aku ingin bercinta selepas kahwin saja.

kenapa?

kerana memang tak ada istilah bercinta sebelum kahwin pun dalam islam. itu saja alasannya. ^_^ cukuplah sekadar berkenal-kenalan dan yakin pada jodoh Allah.

kalau tak mengenali hati budi masing2 melalui percintaan, macam mana nak tahu boleh hidup dengan si dia atau tak?

sahabat2 sekelian, yakinlah pada Allah. andai kita mengikut jalan yg diredhainya, pasti Dia akan memberi ganjaran pada diri kita. walaupun kita tidak benar2 mengenali bakal jodoh kita, namun Allah akan membantu kita dalam menetapkan hati kita untuk memilihnya.

Ya Allah, hadirkanlah jodoh buatku yang bisa membimbingku ke jalan yg diredhaiMu, berikanlah aku jodoh dengan insan yg mencintaiMu lebih dari dirinya dan diriku sendiri. amin...

Tuesday, 29 March 2011

Apa Khabar Wahai Jodohku..

Posted by Aliesha Kirana at 01:08 1 comments
Apa khabar jodohku? Sihatkah? Berat rasanya kelopak mataku tertutup. Bagaimana dengan kamu? Apa kamu selalu terbangun disepertiga malam terakhir? Dan apakah mulutmu terasa menerus -menerus berzikir dimalam hari?


Jujur aku rindu kamu, wahai jodohku..

Tapi saat ini belum saatnya untuk kita bertemu, bukannya aku tak mahu, atau aku tak rindu. Tapi sememangnya kerana perjalanan kita masih panjang. Dan masih banyak kewajipan yg harus kita penuhi sayang. Kadang – kadang aku berfikir, apa nanti saat subuh tiba kau akan membangunkanku? Mengajakku bertafakur dan bersujud kepada-Nya?


Berat hati ini menantikanmu, gelisah pula hati ini memikirkanmu. Apa kau selalu hiasi langkahmu dengan kebaikan-kebaikan? Dan apakah nanti saat zuhur tiba, kau akan meninggalkan kesibukanmu sementara, untuk menghadapNya?


Jodohku, sihatkah kamu?

Kalau aku berada disamping mu saat ini, mungkin aku akan merawatmu dengan penuh kasih sayang.


Jodohku sabar dan tenanglah..

Aku disini masih bersabar menanti mu, Hatimu tidak terluka kan? senyumlah.. kerana aku yakin kebahagiaan akan selalu menyertai kita, Jikalau detik ini hatimu sedang terluka, berwuduklah.. dan mendekatlah diri kepada-Nya. Tetapi disini aku berharap kamu baik-baik saja..


Jodohku, aku rindu..

Bilakah kita akan bertemu? Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.


Jodohku…

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Apa perubahan yang kau lakukan dari hari ke hari sayang? semakin baikkah?

Aku berharap seperti itu, Jodohku..

disetiap langkahku dan seusai solatku..

ku bisikkan AL-Fatihah untukmu, agar kau selalu berada dijalan-Nya..

Sabarlah sayang, waktu-waktu ini bukanlah waktu yang lama..

Jangan sampai kau tersalah jalan sayang..


Jodohku..

nantilah aku, dengan perbagai kebaikan yang nantinya akan membawa Rahmat untuk kita, Jagalah dirimu dari hal-hal yang dilarang agama. Kerana aku mencintaimu secara tulus & ikhlas


Jodohku..

Bersiaplah kau untuk mencintaiku scara tulus dan mahu menerima segala kekuranganku. Dan membenarkanku dikala aku salah. Sayang… berusahalah! Bahagiakan orang tuamu… dengan menjaga sikapmu dan tuturkata mu..

Aku yakin kau adalah orang yang sabar, orang yang cekal membesarkan anak – anak kelak

Jangan pernah merasa keseorangan.. kerana aku disini masih setia menantimu,


Jodohku..

kalau siang sudah berlalu.. pejamkan matamu dgm buaian doa, begitu juga ucapan doa dariku yang selalu menyertaimu…

Semoga ALLAH selalu menjadikan kita dijalan yang benar. Amin…


Jodohku..

Tak terasa penatku menaip pada keyboard ini, memang benar ini adalah tanda kerinduanku kepadamu,

Ingatlah sayang..

aku selalu ada untukmu..

Untuk itu jangan pernah kau merasa sendiri atau sepi..


Semoga kerinduanku ini akan terjawab, seiring berjalannya waktu.

Salam hormatku dan sayangku untukmu…. :)

share dari SINI

p/s : tiba2 terasa rindu yang amat. (^____^)

Monday, 14 March 2011

Kenapa susah sangat nak cari Lelaki Yang Baik?

Posted by Aliesha Kirana at 21:29 3 comments
Assalammualaikum semua!

soalan di atas ni, rasanya kebanyakan perempuan zaman sekarang akan tanya pada diri sendiri. dan aku sebagai perempuan, tak pernah lari dari menyoal soalan itu sehari hari.


ok, kamu lelaki jangan lah sentap. sebab ini memang kenyataan, dan lelaki akan melawan balik cakap dengan berkata Kenapa susah sangat nak cari Perempuan Yang Baik?

haha. tak apa. cakaplah. cuma aku sebagai seorang perempuan melihat lelaki di zaman sekarang amatlah sukar nak mencari permata di sbalik kaca yg bersepah tu.

dalam kehidupan seharian pun dah bermacam ragam lelaki yg kita boleh tengok. paling nampak la kan. solat Jumaat. walaupun masjid-masjid penuh bila solat Jumaat, masih ada lagi ramai yg tak menghadiri solat Jumaat ni. kalau solat Jumaat yg seminggu sekali pun dilepaskan, apatah lagi solat fardhu.

nak mencari lelaki memang mudah, tetapi nak mencari lelaki yg baik, soleh dan beriman itu yg susah. perempuan pun kadang-kadang pelik jugak. 

"Tak maulah yang alim sangat, nanti susah hidup aku. semua kena ikut perintah dia. nak pakai ketat sikit pun tak boleh nanti."

ok, pernyataan di atas pun sudah tunjukkan yang kita ini cetek iman. sepatutnya golongan2 alim nilah yg kita kena cari dulu supaya mereka boleh bimbing kita ke syurga.

kenapa kita nak cari lelaki yg dok hembus asap berkepul-kepul ke udara, menambah pencemaran dan rosakkan hati sendiri, konon-konon itulah lelaki sejati. dushh!


ok, kalaulah tanya pada perempuan, ciri-ciri lelaki idaman? mesti ramai yg sebut, yang beriman, yg boleh bimbing saya.. bla bla... tapi berapa ramai yang maksudkan sebegitu?

"Ala, lelaki mcm tu susah nak dapat. aku ni tak layak utk dia, aku bukan baik sgt."

tettt. nak melayakkan diri utk kita temui imam buat diri kita adalah dengan kita sendiri berubah ke arah kebaikan. berulang kali sudah disebut, lelaki yg baik utk perempuan yg baik dan sebaliknya.

kalau benar kita mahu mencari yg beriman, iman di dada kita harus ditanam dahulu.


mari sama2 berdoa semoga kita bertemu jodoh dengan insan yg beriman. amin........

Monday, 24 January 2011

Kenapa Aku Masih Tiada Jodoh?

Posted by Aliesha Kirana at 23:21 1 comments
Assalammualaikum semua!

pasti soalan ini sering saja bermain di minda kita, apatah lagi jika kita sudah menginjak umur 21 tahun ke atas. di saat teman-teman sudah punya pasangan hidup, atau sekurang-kurangnya seorang kekasih, kita pula masih sepi tanpa ada teman yang menemani.


pasti ramai yang sering bertanya soalan di atas ini pada diri sendiri. Pastinya kita tertanya apa kurangnya kita berbanding mereka2 yang sudah berpunya. ada juga yang menganggap mereka itu lebih bagus @ lebih cantik dari orang2 yang sudah berpasangan.

Ingatlah sahabatku sekelian, jodoh telah Allah tetapkan, cuma lambat dan cepat saja. saya pasti ramai yang masih tidak tenang mendengar jawapan ini kerana mereka selalu disogokkan dengan perkara ini, hinggakan tiada lagi rasa untuk yakin bahawa jodoh itu akan tiba jua.


tapi ingatlah, jodoh itu pasti ada. kalau tidak di dunia ini, pasti ada di akhirat, maka sama2 kita berusaha mendapatkan syurga, kerana di sana pastikan ada jua jodoh kita andai kita tak di takdir untuk berjodoh di dunia. wanita dan lelaki bujang yang masuk syurga akan dijodohkan sesama mereka supaya mereka tidak kesunyian di syurga.

Jika jawapan ini pun tidak mampu menenangkan hati kalian kerana jodoh yang kalian kejar ialah jodoh di dunia ini, maka satu saja pesan saya, selalulah berdoa, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Dia pasti memakbulkan doa hambaNya yang bersungguh meminta. tapi jika anda merasakan doa anda masih tidak dimakbul Allah, pasti ada sebabnya ia berlaku, perbanyakkan amalan kita dan bebaskan diri dari dosa. 

InsyaAllah, semoga kita menemui jodoh yang selayaknya buat diri kita. amin.

Wednesday, 12 January 2011

Melupakan yang Dicinta @ Melupakan cinta?

Posted by Aliesha Kirana at 23:07 1 comments
Assalammualaikum semua!

maaf lama benar kutinggalkan blog ini sepi tanpa cinta mengisi seluruh pelusuk ruang. bukanlah aku sudah tidak percayakan cinta. cinta itu selalu ada di hati. cuma tiada kesempatan mahu mencoret kata-kata cinta dek kerana ada perkara lain yang perlu kuutamakan.


nampaknya nama blog ini yang sama dengan drama Cinta Kirana menyebabkan blog ini sering dikunjungi orang namun tersasar dari matlamat untuk mencari maklumat tentang drama itu, sebaliknya tersesat dalam daerah cintaku yang hambar, sudahlah lama tidak berupdate. maafkan aku. buat yang tersesat, sesungguhnya blog ini telah wujud sebelum kewujudan drama itu lagi. mujur aku muncul semula, saat drama itu telah tamat siarannya. lega.

cukuplah tentang kekeliruan itu, sekarang ada seperkara yang sedang menyesak dadaku. soalan yang sering terbit di dalam hati-hati insan yang kecewa dek kerana cinta tak berbalas @ cinta putus di tgh jalan.


oh, aku dulu sering menjadi sebahagian dari insan-insan kecewa itu. aku sering dikecewakan namun aku berjaya bangkit semula. namun memang sukar sebenarnya.. mesti ramai yang tahu kan.

satu persoalan yang sering teman-teman ajukan padaku...

"Bagaimana caranya untuk melupakan seseorang itu?"

melupakan seseorang? ya, pastinya melupakan insan yang pernah kita cintai dulu. sebenarnya, takkan mudah untuk melupakan seseorang, kecuali kita memang mempunyai amnesia @ penyakit cepat lupa. oh maaf, tiada niatku berlawak, cuma itu hakikatnya. ramai umat manusia yang cuba melupakan seseorang dek kerna cinta yang tidak kesampaian ini, hingga sanggup untuk memutuskan hubungan walhal sebagai teman biasa sekalipun. kenapa? kerana mereka mahu melupakan insan itu terus, bukan hanya perasaan. tapi bohonglah jika mereka berjaya lupakan orang itu kan? jadi senang saja jawapanku, tak perlu lupakan.

ya, yang perlu kita lupakan ialah PERASAAN kita padanya. macam mana? inilah yang nak dibincangkan. hee...


selalu yang sering aku katakan pada teman2 ialah, jangan fikirkan tentang dia. maksudnya di sini, bila saja fikiran kita mula menerawang ingatkan dia, cepat2 alihkan perasaan kita dengan memikirkan soal lain. untuk lebih senang, bergaul dgn rakan2, jangan biarkan diri kita sendirian, sebab masa tulah fikiran kita akan menerawang. tapi ya, ada satu masa yang kita tetap akan sendirian, saat mahu tidur. pasti kebanyakan kita akan menerawang fikirannya sebelum tidur. jadi apa kata, saat mahu terfikir saja, cepat2 tidur dan kosongkan fikiran.

ya, memang tak mudah nak mempraktikkan semua ni. aku tahu sebab aku pernah alaminya, tapi jika kita benar2 nekad mahu melepaskan semua perasaan ini, kita pasti mampu lakukan. cuma barangkali hati kita yang menegah kita dari melupakan dek kerana masih terselit cinta di hati. itu memang lumrah, jangan khuatir. 

tapi andai satu saat kita merasakan cinta yang disimpan itu terlalu menyakitkan, lebih baiklah kita lepaskan dalam hati kita. satu saja pesanku, jangan dipaksa hati itu kerana makin kita memaksa, makin sukar jadinya. lepaskanlah ia perlahan, maka ia akan sembuh mengikut masa.



p/s : Bukanlah cinta namanya andai kita menghalang orang yang kita cintai pergi kepada orang yang dicintainya...

 

Penuh Rasa Cinta Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea