~~Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam, aku ingin menjadi sayap kiri pada seorang khalifah, aku ingin menjadi pendengar kepada seorang dai'e, aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid, aku ingin memberi cintaku pada insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya~~

Pages

Friday, 9 April 2010

Indahnya Cinta andai cinta itu kerana Allah~~

Posted by Aliesha Kirana at 02:37


salam,
teman2, kita seringkali mencari cinta dlm hidup ni kan? aku pn xpernah lari dari mencari cinta...entah mengapa dari kecil lg aku dh mula sukakn seseorang... setiap masa, ada saja insan yg aku sukai dlm diam, namun dari dulu hingga kini, tiada cinta yg pernah menyapa hatiku, tiada siapa yg sudi menerima hati ini..tapi xpe, aku dh xkisah...sbb skrg baru aku sedar erti cinta yang sebenar.

Hadis Abu Hurairah (R.A) maksudnya: "Bahawasanya ada seorang lelaki yang pergi menziarahi saudaranya (sahabat) disebuah kampung yang lain, lalu Allah menyuruh malaikat memerhatikannya di atas jalannya. Maka tatkala dia sampai dia berkata : Engkau hendak ke mana ? Lelaki tersebut menjawab: Aku hendak menemui seorang saudara ku di kampung itu. Malaikat bertanya lagi " Adakah engkau telah berbudi kepadanya dan engkau mengharapkan balasannya?" Beliau menjawab " tidak, aku mencintainya kerana Allah" Maka malaikat itu brekata kepadanya "Bahawa sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepada engkau, sesungguhnya Allah telah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai dia kerana Allah."

aku telah sedar kini, aku harus mencari cinta yang kucintai kerana Allah... selama ini cinta yang sering kudamba hanya berlandas duniawi semata, cinta yang hanya boleh membawaku ke lembah kealpaan, kini aku sedar, cinta yg ingin kumiliki, ialah cinta insan yg mencintai Allah lebih dari segalanya.. dan aku juga ingin menjadi pencinta Allah semata...biarlah aku bercinta dengan Penciptaku kerana Dialah segalanya...

Imam Nawawi pernah berkata "Aku mencintaimu kerana agamamu. Jika hilang agamamu dari dirimu, maka hilanglah cintaku padamu." aku harus mencintai insan yg mencintai agamanya, di dalam hatinya telah terisi dengan iman dan dia mampu membimbingku ke jalan Ilahi.

Seringkali kita menginginkan sesuatu namun tidak dapat kita miliki.. contohnya, aku sendiri sering mengharapkan seseorang yg kusukai akan menyukaiku juga, namun perencanaan Allah itu lebih Maha Bijaksana... hanya Dia yang tahu segala yg telah tertulis utk diri kita...renungkan bersama....
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216).

jadi jgnlah menyalahkan takdir andai diri kita tidak punya jodoh dgn sesiapa yg kita kehendaki, sesungguhnya Allah lebih Mengetahui jodoh yang sesuai buat kita. namun harus juga kita ingat pada firman Allah yang bermaksud:
“Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji. Sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.” [Surah al-Nur, ayat 26].

untuk memiliki seorang insan yg beriman, beragama, kita harus perbetulkan diri kita sendiri dahulu... kuatkan iman dan kecintaan kita pada Allah. jika kita masih alpa dengan dunia namun masih mengharapkan seseorang yg beriman, alangkah malangnya diri kita.. namun Allah sahaja yang Maha Mengetahui segalanya... pasti ada org yg terfikir, ada saja org yg baik namun pasangannya tidak sebaik insan itu... isteri solehah namun suaminya kaki judi...suami yg soleh tp isterinya, nauzubillah, aurat pun tidak ditutup sempurna...contoh ya... di sini mahu saya ingatkan.. Allah menguji hambaNya yang dicintai... Jika perkara sedemikian berlaku...anggaplah Allah telah menduga insan itu dengan ujian supaya lebih kuat imannya pada Allah.

buat ikhwan sekelian...ingatlah seperkara..
" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim).
tepuk dada tanya iman, ya!

Didalam hadis, Rasulullah SAW menegaskan bahawa sesungguhnya Mahabbah (berkasih sayang) antara orang beriman adalah syarat-syarat iman yang memasukkan penganutnya kedalam syurga. "Demi yang diriku di dalam genggamannya, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak beriman sehungga kamu berkasih sayang. Mahukah kamu aku (nabi) tunjukkan sesuatu yang apabila kamu melakukannya maka akan lahirlah kasih sayang? Sebarkan salam di antara kamu."
(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

jadi marilah kita sama2 berkasih sayang dan bercinta kerana Allah... aku tidak menggalakkn bercinta sebelum nikah ya..namun cinta itu memang tak mampu dihalang andai ia telah berputik, namun haruslah dikawal perasaan itu, namun andai masih tidak mampu mengawalnya, segeralah bernikah.

Dari Abu Hurairah r.a Rasulullah bersabda, “ 3 golongan yang akan selalu di beri pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah swt ,seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya” (Hadith riwayat Thabrani) dikeluarkan oleh Ibnu Abi Hatim, dari Ad Dur Al Mantsur.

Abdullah bin Mas’ud ra: diriwayatkan dari Al Qamah ra katanya:
"Aku berjalan-jalan di Mina bersama Abdullah ra yang kemudian menghampiri Abdullah ra. Setelah berbincang beberapa ketika,Othman ra bertanya,
"wahai abu abdul rahman;mahukah aku jodohkan kamu dengan seorang perempuan muda? Mudah mudahan perempuan itu akan dapat mengigatkan kembali masa lampau mu yang indah"
Mendengar tawaran itu Abdullah ra menjawab;
"Apa yang kamu ucapkan itu adalah sejajar dengan apa yang pernah di sabdakan oleh rasullulah saw kepada kami "
"Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan.maka sesiapa yang tidak berkemampuan,hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu" (Hadith riwayat Muslim)

Jadi andai ada kemampuan segeralah bernikah, tp ingat seperkara lgi....
Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di kalangan kamu dan juga orang-orang yang layak menikah dikalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaannya.Dan Allah maha Luas (Pemberiannya),lagi Maha Mengetahui (QS Annur :32)


ertinya, andai kita bernikah, InsyaAllah Allah akan limpahkan rezekinya kerana perkahwinan itu adalah perkara yang dicintai Allah... perkahwinan itu ibarat melengkapkan separuh agama kalian.
 
bagiku, aku masih mencari insan yang akan mencintaiku kerana Allah...... aku pasrahkan jodohku kerana hanya Dia Maha Mengetahui segalanya, juga Maha Pengasih dan Penyayang..
 
Ya Allah...
Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam,
aku ingin menjadi sayap kiri pada seorang khalifah,
aku ingin menjadi pendengar kepada seorang dai'e,
aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid,
aku ingin memberi cintaku pada insan yang mencintai diriMu lebih dari segalanya~~
amin~~~~
 

1 comments:

Jue said...

salam, sy suka entry ni, kisah hidup kt lebih kurang je... sy pn dh xkisah dgn cinta, skrg cuma harapkan cinta Illahi je.. moga kita sama2 menemui cinta Yang Maha Agung... amin...

 

Penuh Rasa Cinta Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea